Tuesday 19 July 2011

Program Pemuda Bersamamu - Teluk Pasu

Kuala Nerus, 19 Julai - Pemuda PAS kawasan Kuala Nerus telah melakukan salam ziarah Pemuda Bersamamu di Dun Teluk Pasu. Sebanyak 4 buah keluarga tealh diziarahi dan rombongan telah menyerahkan sedikit sumbangan bagi menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Sumbangan akan diteruskan lagi dalam bulan Ramadhan ini nanti...insyallah.... itulah setakat kemampuan yang boleh kami berikan kepada sahabat-sahabat kita fakir-miskin. Kepada mana-mana individu yang berminat untuk menyumbang kepada fakir-miskin Kuala Nerus, anda boleh menghubungi Cikgu Fauzi di Talian 013-9238685. Anda Menyumbang, kami sampaikan.......




Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Piala Ketua Pemuda Kawasan Kuala nerus

Kuala Nerus, 15 Julai - Dewan Pemuda PAS kawasan Kuala Nerus telah berjaya mengadakan Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Piala Ketua Pemuda Kawasan Kuala Nerus. Kejohanan mengambil masa selama 2 hari. Sebanyak 20 buah pasukan mewakili 4 Dun telah mengambil bahagian. Kejohan dimenangi oleh pasukan Batu Enam A. Tahniah....



Saturday 9 July 2011

Gugurnya Seorang Pejuang...

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus mengucapkan TAHniah kepada saudara Baharudin Ahmad kerana berjaya menemui apa yang diidam-idamkan oleh seorang pejuang Islam...

Kepada keluarga Pak Cik Baharudin, takziah.... tetapi percayalah... ayahanda adalah seorang pejuang.... dan teruskanlah perjuangan ayahanda anda.....

Semoga Pak Cik tenang di sana bersama janji-janji yang telah di berikan Allah... amin........

Mangsa gas pemedih mata meninggal

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi.

Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.

Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Jenazah beliau kini masih berada di HKL.

Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di di bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor.

Laporan lanjut menyusul.

Tuesday 5 July 2011

Peludah Warna - Datuk A Samad Said

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

1. 7. 11. A. SAMAD SAID

Thursday 30 June 2011

Takziah KP DPP Dungun

DPPKN mengucapkan Takziah kepada Ketua Pemuda DPP Dungun di atas penahanan beliau sebentar tadi di hadapan rumah sendiri kerana memasang banner BERSIH. DPPKN juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan 'bacul' yang menggunakan pihak Polis sebagai "kambing hitam" untuk membenarkan kejahatan.