Thursday, 30 June 2011

Pakai Baju Kuning Kena Tangkap...???

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus (DPPKN)merasa agak terkejut dengan berita penangkapan "RAKYAT MALAYSIA YANG BERDAULAT" hanya semata-mata memakai baju berlambangkan BERSIH dan berwarna kuning....!!!

DPPKN meranggapan, tindakan 'tidak bertamadun" pihak polis adalah suatu tindakan yang terdesak dan bukanlah tindakan yang berdasarkan kepada mana-mana akta yang sedia ada. DPPKN menggesa pihak Polis, sekiranya ada mana-mana klausa yang menerangkan "kehalalan" tindakan mereka, sila kemukakan kepada umum untuk ditakrifi maksud sebenarnya. Kalau sekiranya, penangkapan mereka yang memakai baju BERSIH adalah kerana mereka seolah-olah mempromosikan "program BERSIH 9 Julai 2011, maka DPPKN menggesa agar ditangkap semua penunggang motosikal kerana wujudnya lumba motor haram. Selain dari itu, helmet juga hendaklah diharamkan juga kerana pemakaian helmet adalah salah kerana mempromosikan lumba motosikal haram....Adakah ianya logik...?

DPPKN menyeru pihak Polis agak bertindak berdasarkan kepentingan Rakyat dan bukannya kepentingan UmNoOoO. Polis kena ingat, gaji mereka dibayar oleh rakyat dan bukannya dobayar oleh UmNoooOoO. Ingat, Rakyat membayar gaji kamu dengan harapan kamu menjaga keselamatan rakyat dan bukennya kepentingan UmNoOoOo... Jangan jadi seperti 'melepaskan anjing yang tersepit" Pihak Polis juga kena ingat, sekiranya Pakatan Rakyat menang dan menguasai Putrajaya nanti, mereka akan tetap menjadi Polis di Malaysia... Bayangkan... di maana kamu hendak meletakkan muka kamu sekiranya orang yang kamu tengking, orang yang kamu heret sekarang....selepas PRU 13 nanti menjadi Perdana menteri kamu, menjadi menteri kamu, menjadi orang yang berkuasa ke atas kamu...???? DPPKN menyeru semua anggota Polis, kembalilah kepada pasak asal kePolisan kamu.... dan bukannya menajdi pasak kepada kekebalan UmNo dan pimpinannya yang zalim.....

Wall'ualam...

Ketua Penerangan
Dewan pemuda PAS Kuala Nerus

No comments:

Post a Comment