Thursday 2 June 2011

Pemuda PAS Kuala Nerus Menjemput Hatta menyertai PAS untuk meneruskan perjuangan...

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus (DPPKKN) dengan penuh rendah diri mengalu-alukan mantan Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ), Mohd Hata Wahari untuk menyertai PAS. Sebagai seorang Islam Muslim dan pejuang kebebasan memperkatakan Hak Rakyat, Parti Islam inilah medium terbaik buat beliau untuk meneruskan perjuangan khususnya mengangkat suara-suara wartawan yang "dimandul bisukan" dan juga mengembalikan hak kebebasan akhbar dinegara ini.

Sejarah membukti, perjuangan hendaklah dilakukan secara berjamaah. perjuangan rakyat Mesir hanya berjaya disebabkan perjuangan bersama rakyat. Oleh itu perjuangan bersama PAS sebagai satu kerjasama berpasukan adalah lebih baik dari terus bersendirian dan sekiranya betul saudara Hatta ingin bersama PAS, DPPKKN dengan rasa rendah diri dan bangga menjemput beliau menyertai PAS melalui DPPKKN. DPPKKN juga dengan ini berikrar untuk terus bersama perjuangan saudara Hatta bagi memartabatkan bidang kewartawanan dan meletakkan wartawan di tingkat yang paling baik.

DPPKKN dengan ikhlas menjemput dan mempersilakan Saudara Mohd Hatta untuk meneruskan perjuangan rakyat bersama PAS.

Membangun Negara Berkebajikan

Mohamad Fauzi Abu Samah
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus
Terengganu

No comments:

Post a Comment