Saturday 11 June 2011

Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus Sanggah Tulisan Dr Mahathir....

Komen DPPKN akan ditulis dalam tulisan Merah.....

Dr M: Lihatlah PAS permainkan Islam
Jun 11, 11 2:38pm
Kongsi 245
Tun Dr Mahathir Mohamad meminta orang Melayu membuka mata melihat PAS "mempermainkan Islam" dengan "menggugurkan" perjuangan negara Islam kerana ingin mendapat undi bukan Islam.

NONE"Wahai orang Melayu yang semuanya beragama Islam.( Dr. Mahathir mungkin LUPA atau BUTA.... sehingga sekarang TIDAK SEMUA MELAYU adalah ISLAM.... Berapa ramai sudah Melayu yang Murtad tanpa tindakan yang tegas daripada Kerajaan Malaysia pimpinan UmNooo ???)  Bukalah mata kamu dan lihatlah bagaimana PAS mempermainkan Islam. Bukan surah Al-Baqarah yang mendorong PAS menggugurkan negara Islamnya," katanya.

Menurut Dr Mahathir (kiri), Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz sendiri yang berkata, yang mendorong PAS ialah ketakutan orang bukan Islam kepada negara Islam. ( Dr Mahathir juga lupa SIAPA sebenarnya yang menakut-nakutkan bukan Islam kepada Negara Islam...DAP @ UmNooo sendiri. Pendekatan untuk menang di dalam peperangan perlu diubah selagi mana ianya tidak melanggar Dasar Islam itu sendiri. Banyak contoh2 yang dibuat oleh Nabi S.A.W dan para sahabat di dalam Sirah yang lepas... Dr. Mahathit tak pernah baca ke...???

"(Justeru) untuk kemenangan pilihan raya ketakutan orang bukan Islam mesti dihilangkan dengan menggugurkan perjuangan Islam PAS," katanya. ( PAS tidak menggugurkan Perjuangan Islam PAS sebaliknya tawakuf seketika sehinggalah "dogma" jahat tentang Negara Islam yang dimainkan oleh UmNo di kalangan bukan Islam berjaya dikikis.... Contoh telah terbukti... di mana suatu ketika dulu En Karpal Singh pernah berkata " Over my death Body" apabila PAS mencadangkan Negara Islam.... tetapi penerangan demi penerangan yang diberikan oleh PAS dan didengar oleh En Karpal.... akhirnya kini EN Karpal menyatakan " Ianya boleh dibincangkan "... Masalah yang besar adalah KEJAHATANB UMNO yang memberikan gambaran buruk kepada Bukan islam mengenai Negara Islamlah menyebabkan cadangan tadi terpaksa ditawakufkan....)

Dr Mahathir juga mempersoalkan tindakan Nik Aziz yang didakwa menolak Umno yang tidak menyokong idea itu tetapi sedia akur pada pendapat DAP dan pemimpinnya. ( Kenyataan ini memang TEPAT.... lebih baik berkawan dengan DAP yang semakin boleh menerima pendekatan Negara Islam daripada berkawan dengan UmNooo yang TERUS MENERUS menolak negara Islam.... Dr Mahathir lupa siapa yang menulis surat menolak permohoinan untuk melaksanakan Undang-undang negara Islam yang dibuat oleh Tok Guru Nik Aziz...???)

"Penyokong PAS akan turut di mana sahaja pemimpin PAS bawa mereka. Gugur Islam pun mereka akan undi PAS," kata Dr Mahathir. ( Siapa kata....??? Datuk Asri bekas Presiden PAS masuk UmNO..... siapa yang mengikut beliau....??? Ust Nakhaei masuk UmNooo... siapa yang ikut.... PAS tetap meneruskan agenda menegakkan negara Islam.....)

Baru baca al-Baqarah
Selepas muktamar PAS ke-57 minggu lalu mengetengahkan idea negara berkebajikan, parti itu dikritik hebat pemimpin BN yang mendakwa PAS mengetepikan konsep negara Islam.

NONENik Aziz (kanan, berserban) bagaimanapun dilaporkan berkata konsep negara berkebajikan dibawa Pakatan Rakyat selari dengan kehendak Islam.

Katanya, konsep berkebajikan tidak semestinya dalam bentuk material sebaliknya boleh dalam bentuk kebaikan seperti tindakan Kelantan menghapuskan riba dan menutup kelab malam.

Menulis dalam blognya semalam, Dr Mahathir mengkritik Nik Aziz yang didakwanya menggugurkan konsep negara itu dan hukum hudud dengan berpandukan al-Quran dan hadis.
( Dr Mahathir perlu membuktikan dimanakah kenyataan yang dikeluarkan pimpinan PAS menyatakan PAS menggugurkan konsep Negara Islam...? Ulasan telah dibuat di atas....dan apa yang penting Dr Mahathir kena INGAT.... dan JANGAN LUPA bahawa beliaulah yang telah menolak perlaksanaan Hukum Hudud... itu adalah Bahan Sejarah dan telah dibuktikan....)
"Apakah Nik Aziz baru saja baca surah al-Baqarah dan sedar yang negara Islam PAS menimbul salah faham dan menakutkan pihak tertentu?" soalnya dengan nada menyindir.
( Yang ni pun Dr salah.....salah faham mengenai Negara Islam DIBUAT oleh UmNoooo..... bukan kerana Tok Guru baru baca Surah Al-Baarah..... mungkin DPNN nak tanya Dr Mahathir.... berapa kali beliau membaca Surah Al-Baqarah sepanjang hidupnya.... baca penuh..... atau mungkin lebih mudah berapa kali belaiun Qatam Al-Quran dalam sepanjang hidupnya.....berbanding dengan komen beliau kepada Tok Guru...)))
"Jikalau kerana kesedaran ini akan menakutkan pihak tertentu (orang bukan Islam - Karpal Singh) maka PAS menggugur negara Islam PAS, maka benarlah yang pengguguran ini bertujuan untuk menghapuskan ketakutan mereka ini, supaya mereka akan sokong PAS dalam pilihan raya, dan bukan kerana agama membenarkan atau tidak." ( DPPKN merasakan Dr Mahathir semakin menghampiri hujung kehidupannya.... tidak mahu menerima hakikat dan kenyataan.... sekali lagi DPPKN menegaskan hasil penerangan yang dibuat En Karpal kini sudah menyatakan kesesiaannya untuk menerima Negara islam....buktinya boleh di lihat di Blok kami iaitu di www.pemudapaskawasankualanerus.blogspot.com dan dengar sendiri ucapan dan kata-kata En Karpal....

Ketua Penerangan 
DPPKN, Terengganu

No comments:

Post a Comment